Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil. 2/2022 Bagi Zon Utara telah diadakan pada 27 Jun 2022 (Isnin) jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh SUK Negeri, Datuk Bandar/Yang Dipertua dan Setiausaha PBT dari Negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.
Mesyuarat JPPBT merupakan platform kepada Kerajaan Persekutuan untuk memaklumkan dasar-dasar terkini berkaitan PBT dan menyampaikan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) yang berhubung dengan tindakan Kerajaan Negeri dan PBT. Sebanyak lima (5) kertas pembentangan telah dibentangkan oleh JKT dan PLANMalaysia.
#pasukankpkt
#kpktprihatinrakyat
#JKT
#pbtperkasarakyatsejahtera
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768