YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan telah mengadakan lawatan mengejut ke tapak Pasar Taiping, Perak untuk meninjau status pelaksanaan projek.
Dalam lawatan kerja tersebut, YBhg. Dato' KP memuji usaha yang ditunjukkan oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping, perunding dan kontraktor yang terlibat. Projek pemuliharaan memerlukan usaha yang teliti dan terperinci bagi memastikan pasar ini digazetkan sebagai bangunan warisan.
Projek ini dijangka siap pada tahun 2024 dan akan dirasmikan sempena sambutan ke-150 tahun Bandar Warisan Taiping.
#DemiPertiwi
#PasukanKPKT
#UnityInDiversity
#StrongerTogether
#JKT
#PBTPerkasaRakyatSejahtera
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768