Jata Transparent

Kursus Modul Manual Mesra Alam (MSMA) Anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan Bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru

Tarikh Diterbitkan: 11 Oktober 2023

Jabatan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan Kursus Modul MSMA yang berlangsung selama 2 hari (26 – 27 September 2023) di Menara MBJB, Johor Bahru. Objektif kursus adalah memberi pendedahan kepada pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan mengenai prinsip asas MSMA dan lain-lain perkara berkaitan sistem saliran bandar.

YBrs. Ar. Zuhairi bin Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), Jabatan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Modul MSMA yang berlangsung di Auditorium Panggung Cempaka, Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 26 September 2023 (Selasa).

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Aziz bin Itnin, Pengarah Khidmat Pengurusan, mewakili Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kursus ini telah dihadiri seramai 70 pegawai PBT dari Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Sarawak.

Sebanyak lima (5) kertas pembentangan telah disampaikan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

image

image

image

image

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7492
Kemaskini Terakhir Pada: 

17 Jan 2025 - 12:30:08

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content