Jata Transparent

PENYERTAAN 'ANUGERAH TOILET OF THE YEAR' 2024

Tarikh Diterbitkan: 8 Februari 2024
Banner TOTYA 24

 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan menganjurkan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA‘24) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas serta memberikan pengiktirafan kepada tandas-tandas awam milik swasta dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

OBJEKTIF 

  1. Untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam membudayakan etika penjagaan tandas bersih, menawan dan wangi.
  2. Untuk memberi pengiktirafan kepada pemilik premis yang memberikan komitmen dalam menjadikan tandas bersih, menawan dan wangi (BMW). 
  3. Sebagai satu langkah ke arah mewujudkan tandas-tandas awam bertaraf BMW bagi memenuhi keperluan dan aspirasi nasional.

PERTANDINGAN TOTYA’24

Tujuh (7) Kategori Tandas Awam dipertandingkan:

  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Sekolah
  • Hotel
  • Restoran 
  • Konsesi Lebuhraya bagi Kawasan R&R
  • Stesen Minyak
  • Pusat Beli Belah

SYARAT-SYARAT AM TOTYA’24

  1. Terbuka kepada semua tandas-tandas awam bertaraf Lima (5) Bintang mengikut kategori yang dipertandingkan.
  2. Pemenang Utama Toilet of The Year Award 2023 (TOTYA’23) TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan TOTYA’24.
  3. Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan akan TERBATAL.
  4. Penganjur berhak menyiarkan, mengiklankan dan mempromosikan tandas tanpa meminta kebenaran daripada pemenang.
  5. Pek Penyertaan yang diterima urusetia tidak akan dikembalikan.
  6. Keputusan Jawatankuasa Induk Panel Penilai adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

SYARAT-SYARAT KHUSUS TOTYA’24

  1. Pek Penyertaan adalah mengandungi Borang Penyertaan dan laporan berbentuk softcopy yang disimpan dalam Pendrive.
  2. Pendrive perlulah mengandungi softcopy gambar-gambar (format JPEG) terkini (berwarna) yang jelas bagi setiap elemen berikut:-
    •    Gambar lokasi kedudukan tandas (luar bangunan)
    •    Ruang Luar (laluan keluar masuk ke tandas).
    •    Pandangan keseluruhan ruang dalam tandas.
    •    Kubikel Tandas (termasuk mangkuk tandas /urinal, pintu tandas, paip air dan ‘flushing system’).
    •    Penghadang dalam tandas (partition).
    •    Kaunter pelbagai (sinki, tempat cuci tangan, cermin dan lain-lain).
    •    Hiasan / keperluan tambahan / Kelebihan.
    •    Stor (jika ada).
    * Gambar adalah tidak terhad kepada penyataan di atas sahaja.
     
  3. Setiap gambar yang dihantar perlu disertakan bersama keterangan mengenai gambar tersebut.
  4. Rakaman Video berkaitan tandas yang dicalonkan berdurasi maksimum 3 minit.
     

KAEDAH PENGHANTARAN PENYERTAAN TOTYA’24

Semua penyertaan hendaklah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Perincian penghantaran adalah seperti di bawah:-

BIL.

KATEGORI

TEMPAT PENGHANTARAN

1.

Tandas Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Terus ke Urusetia Induk, KPKT

2.

Hotel

Terus ke PBT setempat

3.

Pusat beli belah

Terus ke PBT setempat

4.

Restoran

Terus ke PBT setempat

5.

Stesen minyak

Terus ke PBT setempat

6.

Sekolah

Terus ke Urusetia di Jabatan Pendidikan Negeri

7.

Konsesi lebuhraya bagi Kawasan rehat dan rawat (R&R)

Terus ke Urusetia Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)

*Untuk premis-premis di luar kawasan PBT selain sekolah, penyertaan hendaklah dihantar terus ke Urusetia Induk, KPKT.

HADIAH TOTYA’24

  • Hadiah Wang Tunai bagi satu (1) pemenang untuk setiap kategori bernilai RM20,000.00.
  • Sijil dan piala kepada peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

  • Penyertaan bermula pada 02 Februari 2024.
  • Penyertaan yang lengkap perlu dikemukakan kepada urusetia sebelum atau pada 01 April 2024.

BORANG PENYERTAAN

•    Muat turun Borang Penyertaan TOTYA’24

SEBARANG PERTANYAAN

Sila hubungi:

Urusetia Induk,
Pertandingan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA’24),
Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran,
Jabatan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 26, No 51,  Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA
No. Tel     : 03-8891 3302 / 3308 / 3378
No. Faks  : 03-8891 3098 / 3358

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7492
Kemaskini Terakhir Pada: 

16 Jan 2025 - 23:42:26

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content