Jata Transparent

Penyerahan Projek Pembangunan Semula Pasar Payang Bernilai RM70.03 Juta oleh YB KM

Tarikh Diterbitkan: 4 Mac 2024

KPKT secara rasmi telah menyerahkan Projek Pembangunan Semula Pasar Payang kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bersempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Negeri Terengganu pada petang ini.

Majlis Penyerahan tersebut telah diwakili oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Haji Rosli bin Latif dan disaksikan oleh Menteri KPKT, YB KM bersama-sama Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.

Pembinaan Pasar Payang ini melibatkan peruntukan pembangunan daripada KPKT sebanyak RM70.03 juta. Manakala kos bagi perunding projek telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Projek ini telah bermula pada 1 Ogos 2017.

Kerja-kerja pembinaan Pasar Payang 1 dua tingkat ini menempatkan 412 lot kedai, 369 petak jualan, tandas, tandas OKU, eskalator, lif, surau, jam besar, infrastruktur seperti jalan masuk, tempat letak kenderaan, lampu jalan serta landskap.

Pasar Payang yang berusia lebih dari 50 tahun ini merupakan pasar lama yang uzur dan daif dan menempatkan seramai lebih 500 peniaga sedia ada. Justeru, pembangunan semula pasar awam ini dapat meningkatkan kualiti serta taraf kemudahan pasar, perkhidmatan awam yang berkaitan dan menyediakan persekitaran yang lebih selesa.

#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMADANI
#KPKT 

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7492
Kemaskini Terakhir Pada: 

16 Jan 2025 - 22:29:41

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content