Jata Transparent

KURSUS  GARIS PANDUAN PEMASANGAN PERANGKAP MINYAK  DI PREMIS MAKANAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) ANJURAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN TAHUN 2024 – ZON TIMUR DAN PROJEK RIVER OF LIFE (ROL) SUNGAI KLANG.

Tarikh Diterbitkan: 19 Disember 2024

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menganjurkan Kursus Garis Panduan Pemasangan Perangkap Minyak di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Timur pada 11 September 2024 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai PBT mengenai pemasangan dan penyenggaraan perangkap minyak di premis makanan secara komprehensif. Fokus utama kursus ini adalah untuk memberi kesedaran kepada PBT bagi kepentingan penyenggaraan perangkap minyak terhadap alam sekitar.

Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Ar. Zuhairi bin Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), Jabatan Kerajaan Tempatan.

Kursus ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai PBT zon timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) serta DBKL, MP Selayang & MP Ampang Jaya bagi PBT yang terlibat dalam projek  River Of Life (ROL) Sungai Klang. Penceramah daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Indah Water Konsortium Berhad (IWK)  juga turut sama dalam kursus ini dan telah berkongsi ilmu berkaitan persampelan greywater dan kaedah penyenggaraan perangkap minyak.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7491
Kemaskini Terakhir Pada: 

14 Jan 2025 - 23:35:47

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content