YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, KP JKT telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek BP.1 2021 & Pemeriksaan Bajet PBT Negeri Sabah 2022 pada 13 Januari 2022 yang diadakan di KKTP Sabah, Kota Kinabalu.
KPKT melalui JKT bertanggungjawab menyalurkan pengagihan peruntukan bagi projek BP.1 kepada PBT di seluruh Malaysia bagi meningkatkan sumber pendapatan ekonomi penduduk setempat dan menambahkan hasil PBT melalui pembangunan infra, kemudahan awam dan sosio ekonomi.
Mesyuarat yang melibatkan 26 PBT Sabah adalah bertujuan memantau status pelaksanaan kemajuan fizikal dan kewangan bagi semua projek-projek pembangunan BP.1 tahun 2021 dan pemeriksaan senarai permohonan projek baru tahun 2022 yang dibentangkan oleh PBT Sabah.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768