YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam KPKT anjuran KPKT pada 3 Disember 2021 (Jumaat). Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri KPKT.
Program ini merupakan salah satu pendekatan KPKT dalam memberi wajah baharu pengoperasian pasar malam pasca pandemik COVID-19. Inisiatif ini juga memperkenalkan wajah baharu pasar malam dengan imej yang lebih segar dan seragam. Selain itu, elemen pengurusan pengunjung turut diterapkan dengan memperkenalkan marshal pasar malam.
Dalam program ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan RM25 juta untuk pelaksanaan transformasi pasar malam ini yang akan dilaksanakan secara berperingkat dengan 50 tapak pasar malam yang menjadi tumpuan utama di seluruh negara.
Turut hadir dalam program ini YBhg. Dato' M Noor Azman bin Taib, KSU KPKT serta YBhg. Dato' Haji Noor Ihsan bin Haji Che mat, Ketua Pengarah JKT.
#Tingkatkan Keyakinan Rakyat Pasca Pandemik Dalam Persekitaran Pasar Malam Yang Bersih, Sihat Dan Selamat
#KELUARGAMALAYSIA
#PasukanKPKT
#TransformasiPasarMalam
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768