YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewakili YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Caretaker Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam (PTPM) Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pasar Malam Jalan Kweng Umat, Machang, Kelantan pada 14 Oktober 2022.
Untuk makluman, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan RM25 juta peruntukan bagi pelaksanaan Program Transformasi Pasar Malam (PTPM) ketika Majlis Perasmian Program Transformasi Pasar Malam (PTPM) Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 3 Disember 2021 yang lalu. Pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat melibatkan 50 tapak pasar malam di seluruh negara bermula tahun 2022.
KPKT terus komited dalam memperkukuhkan lagi tahap kecekapan pengurusan pasar malam/ pasar harian/ pasar tani oleh PBT ke arah penyediaan perkhidmatan perbandaran yang mampan selari dengan aspirasi “Malaysia Berdaya Huni” atau “Liveable Malaysia”.
Majlis turut dihadiri oleh YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), Dato’ Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan Tuan Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Ketua Jajahan Machang, Kelantan.
#LiveableMalaysia
#KeluargaMalaysia
#PasukanKPKT
#JKT
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768