YBrs En. Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Hala Tuju PBTPay dan Sistem ePBT 2.0 Siri 1 Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB), Johor Bahru, Johor pada 14 Jun 2023. Bengkel siri 1 telah dihadiri oleh pegawai PBT dari Negeri Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Bengkel yang berlangsung pada 14 hingga 15 Jun 2023 anjuran JKT dengan kerjasama MBJB ini bertujuan untuk memperkasa PBTPay dan menambah baik pelaksanaan ePBT 2.0 dalam agenda penyampaian perkhidmatan digital PBT kerajaan tempatan yang beramanah, bersih, cekap, berdisiplin dan ke arah menjadikan perkhidmatan PBT lebih dinamik dan progresif.
Bengkel ini juga merupakan platform perkongsian amalan terbaik (best practices) di PBT dan membuka ruang perbincangan hala tuju dan penambahbaikan PBTPay dan Sistem ePBT 2.0 merentasi sempadan negeri untuk menyuarakan pandangan dan idea secara konstruktif dalam kalangan PBT berdasarkan kepelbagaian pengurusan perkhidmatan perbandaran di kawasan pentadbiran masing-masing.
#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768