Jata Transparent

Bengkel Pengemaskinian Maklumat Hotspot Banjir PBT Dan Pemantauan Projek Inisiatif Perparitan Dan Longkang 2023

Tarikh Diterbitkan: 8 September 2023

En. Mohamed Yazid bin Kuman, Pengarah Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah merasmikan Bengkel Pengemaskinian Maklumat Hotspot Banjir PBT Dan Pemantauan Projek Inisiatif Perparitan Dan Longkang Tahun 2023 yang diadakan di Bilik Latihan Komputer, Aras 11, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 4 September 2023.

Bengkel ini dihadiri oleh seramai 46 orang pegawai PBT dari Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari, mulai 4 hingga 5 September 2023 anjuran Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, JKT bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan serta melengkapkan data hotspot banjir kilat di dalam sistem eJKT - eProfil yang telah dibangunkan oleh JKT bermula tahun 2023.

Selain itu, pihak PBT juga telah melaporkan kemajuan dan isu yang berkaitan dengan projek perparitan dan longkang di bawah projek inisiatif dan BP1 bagi tahun 2023.

#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT 
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

 

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7493
Kemaskini Terakhir Pada: 

05 Feb 2025 - 20:01:54

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content