Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bilangan 1/2024 Bagi Zon Selatan dan Zon Tengah telah diadakan pada 29 - 30 April 2024, bertempat di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah JKT.
Mesyuarat ini anjuran bersama Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan telah disertai oleh wakil-wakil daripada pengurusan tertinggi KPKT, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)/Datuk Bandar/Yang DiPertua/Setiausaha PBT) dan juga pengurusan tertinggi JKT (Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Pembangunan) dan Pengarah-Pengarah Bahagian).
Mesyuarat JPPBT merupakan platform bagi membincangkan isu dan cadangan polisi/ inisiatif baharu untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan PBT. Mesyuarat ini juga turut menyampaikan keputusan-keputusan utama hasil daripada Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-81 & 82 serta Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPKT untuk tindakan dan makluman Pihak Berkuasa Tempatan.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768