Jata Transparent

Pelaksanaan “Kursus Pengukuhan Reka Bentuk Sejagat (MS1184) Dan Inovasi Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) Dalam Pembangunan Sektor Pengangkutan” Untuk PBT

Tarikh Diterbitkan: 13 Mac 2024

Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Awam telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Reka Bentuk Sejagat (MS1184) Dan Inovasi Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) Dalam Pembangunan Sektor Pengangkutan Untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun 2024 berlangsung pada 5 hingga 7 Mac 2024 bertempat Dewan Sutera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

Perjalanan kursus turut melibatkan kerjasama pihak syarikat Prasarana Malaysia Berhad sebagai sebuah penyedia perkhidmatan pengangkutan awam yang utama di Lembah Klang. Antara pengisian kursus selama 3 hari ialah pendedahan kepada peserta kursus berkaitan kemudahan aksesibiliti untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di sektor yang melibatkan pengangkutan bas, premis kemudahan tren Light Rapid Transit (LRT) dan inovasi SPAH di kemudahan depoh bas Cheras Selatan, Selangor.

Lawatan tapak turut diadakan di lokasi pemasangan SPAH di depoh bas Cheras Selatan, Selangor dan stesyen Mass Rapit Transit (MRT) Sungai Besi bagi laluan Putrajaya Sentral. Turut dijemput hadir ke lawatan tersebut adalah Encik Muhammad Yusof bin Abdul Hamid, Pengerusi OKU Negeri Sembilan yang merupakan seorang OKU kategori kurang upaya fizikal. 

#MalaysiaMADANI
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

image

image

image

image

image

image

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7493
Kemaskini Terakhir Pada: 

05 Feb 2025 - 15:38:15

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content