Jata Transparent

Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT 2023

Tarikh Diterbitkan: 18 Oktober 2023

YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Tahun 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada petang ini.

Bertemakan ‘Persekitaran Lestari, Negara Madani’, penganjuran SHKPS 2023 bertujuan untuk meraikan kepentingan kesihatan persekitaran dalam pencegahan dan kawalan faktor-faktor biologikal, kimia dan fizikal yang mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia sejagat.

SHKPS 2023 juga memperlihatkan peranan penting KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Kebersihan dan Kesihatan Persekitaran. Pengiktirafan sumbangan dan peranan pengamal kesihatan persekitaran dalam menangani pelbagai isu kesihatan persekitaran di kawasan PBT menjadi salah satu agenda tahunan utama KPKT.

Majlis SHKPS 2023 turut memberi pengiktirafan kepada PBT yang cemerlang dalam pelaksanaan kempen-kempen kesihatan persekitaran anjuran KPKT bagi tahun 2022 dan 2023 serta Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih di Kawasan PBT Tahun 2023.

Bermula tahun 2021, KPKT telah menganjurkan Kempen Kesihatan Persekitaran yang melibatkan PBT di seluruh negara. Kempen ini melibatkan 5 sub program utama Kesihatan Persekitaran iaitu Kempen Pencegahan Denggi atau Membasmi Wabak Hotspot Denggi di Kawasan PBT, Kempen Membasmi Tikus, Kempen Premis Makanan Bersih, Kempen Pasar Awam Bersih dan Kempen Tandas Awam Bersih.

#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity

image

image

image

image

image

image

image

image

 

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7493
Kemaskini Terakhir Pada: 

05 Feb 2025 - 13:48:06

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content