Jata Transparent

Penyertaan 'Anugerah Toilet Of The Year' 2023

Tarikh Diterbitkan: 16 Ogos 2023

 

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan menganjurkan Anugerah Toilet of The Year 2023 (TOTYA‘23) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas serta memberikan pengiktirafan kepada tandas-tandas awam milik swasta dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

OBJEKTIF 

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas.
  • Memberikan pengiktirafan kepada pemilik-pemilik tandas awam swasta dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf BMW

PERTANDINGAN “TOILET OF THE YEAR AWARD” 

Enam (6) Kategori Tandas Awam Milik Swasta Dipertandingkan :

  • Hotel
  • Shopping Complex
  • Restoran Berhawa Dingin 
  • Restoran Tidak Berhawa Dingin
  • Stesen Minyak
  • Hentian Rehat & Rawat

SYARAT-SYARAT AM TOTYA ‘23

  • Terbuka kepada pihak SWASTA SAHAJA dan penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan akan TERBATAL
  • Penganjur berhak menyiarkan, mengiklankan dan mempromosikan tandas tanpa meminta kebenaran daripada pemenang.
  • Keputusan Pengadil adalah muktamad
  • Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa sebarang notis/sebab.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

  • Gambar (format JPEG dan Power Point Presentation) disertakan dalam bentuk Cakera Padat (CD) dengan gambar terkini (berwarna) bagi setiap elemen berikut:-
    • Gambar lokasi kedudukan tandas (luar bangunan)
    • Ruang Luar (laluan utama keluar masuk ke tandas)
    • Pandangan keseluruhan ruang dalam tandas
    • Kubikel Tandas: 
      • mangkuk tandas,
      • urinal,
      • pintu tandas,
      • paip air 
      • flushing system
    • Penghadang dalam tandas (partition) bagi urinal
    • Kaunter pelbagai
      • Sinki, 
      • Tempat cuci tangan
      • Cermin dan lain-lain
    • Hiasan / keperluan tambahan / kelebihan
    • Stor (jika ada)
    • Tandas OKU (jika ada)
    • Ruang tukar lampin (jika ada)
  • Laporan penyertaan hendaklah mengandungi perkara berikut:
    • Kulit Hadapan (dinyatakan alamat lengkap Bangunan/Premis Kategori)
    • Salinan Soft Copy Gambar (JPEG & Power Point Presentation)
    • Hardcopy Gambar (Power Point Presentation) yang dicetak 2 slide setiap handsout.
    • Laporan tersebut hendaklah dijilid dengan menggunakan comb binding atau sebagainya.
  • Borang penyertaan hendaklah lengkap dan ditandatangani dan dikemukakan sebelum tarikh tutup. Penyertaan yang diterima selepas dari tarikh tutup akan ditolak.

HADIAH TOTYA

  • Hadiah Wang Tunai bagi satu (1) pemenang untuk setiap kategori
  • Sijil dan plugue kepada 18 peserta yang berjaya ke peringkat akhir

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

  • Penyertaan bermula pada 14 Ogos 2023
  • Penyertaan yang lengkap perlu dikemukakan kepada urusetia sebelum atau pada 31 Ogos 2023
  • Borang Penyertaan yang lengkap perlu dikembalikan kepada urusetia
  • Muat turun Borang Penyertaan TOTYA 2023

HANTAR PENYERTAAN

Pelaporan lengkap hendaklah dihantar kepada:
 
Urusetia Induk ‘Pertandingan Anugerah Toilet of The Year 2023’ (TOTYA ‘23)
Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran,
Jabatan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Tingkat 26, No 51,  Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya,

No. Tel : 03-8891 3302 / 3308 / 3378
No. Faks : 03-8891 3098 / 3358  

Softcopy laporan lengkap boleh dihantar ke emel totya.kpkt@gmail.com

 


Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7493
Kemaskini Terakhir Pada: 

05 Feb 2025 - 22:51:06

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content