Jata Transparent

Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK)

Tarikh Diterbitkan: 29 Oktober 2021

Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) merupakan beberapa siri program yang diselaraskan oleh KPKT selari dengan inisiatif Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi menangani wabak COVID-19 dengan memfokuskan kepada komuniti penjaja  dan peniaga kecil. Beberapa lokasi telah dikenal pasti di seluruh Malaysia bagi pelaksanaan MOVAK ini.

Pada 20 dan 21 September yang lalu, JKT telah mengurussetiakan siri program MOVAK bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (Cawangan Nilai). Program yang menumpukan penjaja kecil serta penduduk setempat ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban  bagi pemberian dos vaksin kedua. Bagi tempoh dua hari ini, sejumlah 1,372 orang telah menerima dos vaksin kedua ini.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian bagi mendukung hasrat Kerajaan menangani wabak COVID-19 menerusi PICK.

Terima kasih kepada semua pihak dan agensi serta semua sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan pelaksanaan program ini.

image

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7493
Kemaskini Terakhir Pada: 

05 Feb 2025 - 16:45:35

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content