Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-59 yang telah diadakan pada 2 Oktober 2007 untuk menilai tahap penyampaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negara. Berdasarkan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bil. 1 Tahun 2008, penilaian SPB-PBT pada asasnya akan diadakan setiap dua (2) tahun sekali.
Penilaian SPB-PBT telah dilaksanakan sejak tahun 2008 yang bertujuan untuk:
Penilaian SPB-PBT adalah berdasarkan empat (4) kriteria utama yang berikut:
Kriteria-kriteria utama tersebut mempunyai sebanyak 18 sub-kriteria termasuk elemen pandangan penduduk di mana markah diperoleh berdasarkan indikator keputusan pandangan penduduk dalam Malaysian Urban Rural National Indicators Network on Sustainable Development (MURNInets) yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia, KPKT.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768