INDUSTRIAL GREEN LANE (IGL)
Penambahbaikan proses dan prosedur Pelan KM bagi kawasan industri terancang yang diadaptasi daripada Inisiatif E10 MPKK
Memendekkan tempoh kelulusan daripada 99 hari kepada 29 hari
Melibatkan permohonan pemajuan industri dalam zon perindustrian yang telah mempunyai kelulusan Pelan KM susun atur yang mana infrastruktur dan utiliti serta tapak telah tersedia untuk didirikan bangunan
Pelaksanaan Teknikal Brif Projek (TBP) dilaksanakan bersama pelanggan, pemaju, Principle Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP), Agensi Teknikal Luaran (ATL) dan PBT melalui mesyuarat dan pembentangan keperluan projek oleh PSP dan pemaju / pemilik serta keperluan daripada semua agensi berkaitan keperluan teknikal
Permohonan pelan pemajuan hendaklah dikemukakan secara serentak melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online yang mengandungi jenis-jenis permohonan seperti Pelan KM, Pelan Jalan dan Parit, Pelan Kerja Tanah dan Pelan Bangunan setelah mematuhi semua syarat yang diputuskan dalam TBP
Kebenaran awal untuk kerja pendirian bangunan diberikan setelah Pelan KM diluluskan
Mengemukakan permohonan lesen perniagaan setelah pembinaan mencapai kemajuan 80% di tapak dan diluluskan dalam tempoh 24 jam setelah Certificate of Completion and Compliance (CCC) dikeluarkan
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768