Jata Transparent

Konvensyen PBT 2024

Tarikh Diterbitkan: 4 November 2024

Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2024 telah diadakan pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan MBPJ yang dipilih sebagai tuan rumah (host city). Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

Bertemakan Sinergi MADANI – Perkukuh PBT, Konvensyen ini merupakan siri keempat sejak tahun 2008 yang mengumpulkan pengurusan tertinggi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara meliputi Datuk Bandar/ Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai kanan dalam satu wacana perkongian ilmu dan pengalaman, serta amalan terbaik untuk mencari pendekatan penyelesaian yang inovatif dan kreatif secara kolektif dan holistik bagi isu-isu yang melibatkan pengurusan dan tanggungjawab PBT. Pelaksanaan Konvensyen ini adalah selaras dengan lapan (8) fokus utama KPKT untuk memperkasa peranan dan potensi PBT dalam agenda penyampaian perkhidmatan kerajaan tempatan yang beramanah, bersih, cekap dan berdisiplin.

Konvensyen PBT 2024 ini telah berjaya mengumpulkan seramai 2,500 penyertaan di kalangan dif-dif kehormat, wakil PBT termasuk Ahli Majlis, para pempamer dan penceramah, serta penglibatan jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan yang bersama-sama menjayakan pelaksanaannya. Ia berjaya membina kapasiti dan memberi suntikan semangat kepada semua wakil PBT sebagai lapisan kerajaan ketiga peringkat tempatan yang paling dekat dengan rakyat kerana pelbagai urusan harian melibatkan kesejahteraan hidup mereka digalas dengan penuh tanggungjawab dan cekal oleh PBT. Ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI agar semua PBT berusaha meningkatkan keupayaan masing-masing untuk terus menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai salah satu pemacu pendekatan 'whole of nation' untuk menyokong pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju kelak.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
0
Capaian Hari Ini
0
Keseluruhan Pelawat
7493
Kemaskini Terakhir Pada: 

05 Feb 2025 - 13:51:24

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content