Majlis Perasmian Bazar Rakyat Kota Belud Sabah telah disempurnakan oleh YB Menteri KPKT pada 3 Oktober 2022 (Isnin). Bazar Rakyat Kota Belud Sabah ini dibina dengan kos projek RM24 juta dan telah siap sepenuhnya serta telah diserahkan kepada Majlis Daerah Kota Belud pada 17 Mac 2022 dan akan menjadi aset baharu kepada MD Kota Belud.
Komponen Bazar Rakyat ini terdiri daripada sebuah bazar rakyat 3 tingkat yang mempunyai 148 unit gerai basah, 78 unit gerai kraft dan tekstil, medan selera yang mempunyai 26 unit gerai niaga dan 60 petak tempat letak kenderaan. Pembinaan Bazar Rakyat ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 107 ribu penduduk di Kota Belud secara keseluruhannya bagi mendapatkan bekalan-bekalan asas dan juga akan membuka peluang-peluang baharu bagi mereka yang ingin berniaga.
#pasukankpkt
#kpktprihatinrakyat
#JKT
#pbtperkasarakyatsejahtera
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768