Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan menganjurkan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA‘24) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas serta memberikan pengiktirafan kepada tandas-tandas awam milik swasta dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).
Tujuh (7) Kategori Tandas Awam dipertandingkan:
Semua penyertaan hendaklah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Perincian penghantaran adalah seperti di bawah:-
BIL. |
KATEGORI |
TEMPAT PENGHANTARAN |
1. |
Tandas Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) |
Terus ke Urusetia Induk, KPKT |
2. |
Hotel |
Terus ke PBT setempat |
3. |
Pusat beli belah |
Terus ke PBT setempat |
4. |
Restoran |
Terus ke PBT setempat |
5. |
Stesen minyak |
Terus ke PBT setempat |
6. |
Sekolah |
Terus ke Urusetia di Jabatan Pendidikan Negeri |
7. |
Konsesi lebuhraya bagi Kawasan rehat dan rawat (R&R) |
Terus ke Urusetia Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) |
*Untuk premis-premis di luar kawasan PBT selain sekolah, penyertaan hendaklah dihantar terus ke Urusetia Induk, KPKT.
• Muat turun Borang Penyertaan TOTYA’24.
Sila hubungi:
Urusetia Induk,
Pertandingan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA’24),
Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran,
Jabatan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 26, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8891 3302 / 3308 / 3378
No. Faks : 03-8891 3098 / 3358
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768