Pada 8 November 2024, Mesyuarat Bagi Membincangkan Isu-Isu Berkaitan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Mesyuarat ini bertujuan menjadi platform perbincangan berstruktur antara Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dengan Bahagian Kerajaan Tempatan di setiap negeri dalam usaha menangani pelbagai isu penting yang berhubungan dengan pengurusan dan operasi kerajaan tempatan di Malaysia.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) JKT, dan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Bahagian Kerajaan Tempatan serta Setiausaha Kerajaan Negeri. Mesyuarat ini menyediakan ruang komunikasi langsung bagi pelbagai pihak berkepentingan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dasar, perundangan, serta pelaksanaan yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan tempatan.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768