jata-negara

General FAQ - LGD & LA

MAIN PAGE
/ EN / GENERAL FAQ LGD LA

FAQ Umum - JKT & PBT

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  • Majlis/Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Daerah

Perbezaan ketiga-tiga kategori adalah berdasarkan ciri-ciri masing-masing iaitu :

  • Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Di antara kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah melebihi RM100 juta.
  • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
  • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 150,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 20 juta.

Kriteria lanjut tahap PBT boleh dilihat di sini.

Jumlah PBT adalah sebanyak 151 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 19 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 40 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 92 buah Majlis Daerah (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Telupid, Sabah.

Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT iaitu PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Lembaga Pembangunan Tioman.

Setakat ini, terdapat 19 buah Bandar Raya , iaitu :
Dewan / Majlis Bandaraya Negeri Tarikh Diwartakan/Pengisytiharan
1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 1 Februari 1972
2) Majlis Bandaraya Ipoh Perak 27 Mei 1988
3) Dewan Bandaraya Kuching Utara Sarawak 1 Ogos 1988
4) Majlis Bandaraya Kuching Selatan Sarawak 1 Ogos 1988
5) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Melaka 15 April 1989
6) Majlis Bandaraya Johor Bahru Johor 1 Januari 1994
7) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah 2 Februari 2000
8) Majlis Bandaraya Miri Sarawak 20 Mei 2005
9) Majlis Bandaraya Alor Setar Kedah 21 Disember 2003
10) Majlis Bandaraya Shah Alam Selangor 10 Oktober 2000
11) Majlis Bandaraya Petaling Jaya Selangor 20 Jun 2006
12) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Terengganu 1 Januari 2008
13) Majlis Bandaraya Pulau Pinang Pulau Pinang 1 Januari 2015
14) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Johor 22 November 2017
15) Majlis Bandaraya Seberang Perai Pulau Pinang 16 September 2019
16) Majlis Bandaraya Seremban Negeri Sembilan 1 Januari 2020
17) Majlis Bandaraya Subang Jaya Selangor 20 Oktober 2020
18) Majlis Bandaraya Pasir Gudang Johor 22 November 2020
19) Majlis Bandaraya Kuantan Pahang 21 Februari 2021
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas JKT khususnya dan KPKT amnya adalah untuk menyelaras PBT-PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Orang awam boleh menyalurkan aduan:
  1. kepada PBT berkenaan; atau
  2. kepada JKT/KPKT melalui saluran berikut:
    • Aplikasi i-Tegur KPKT, muat turun aplikasi i-Tegur melalui telefon pintar dengan menggunakan App Store (pengguna iOS) dan Google play (pengguna Android) melalui link berikut: https://i-tegur.kpkt.gov.my
    • E-mel rasmi aduan JKT melalui alamat e-mel jkt@kpkt.gov.my
Boleh. JKT/KPKT boleh merujuk masalah tersebut kepada PBT yang berkenaan untuk mendapatkan laporan mengenainya. Sekiranya masalah tersebut didapati serius, JKT/KPKT akan meminta bantuan daripada PBT berkenaan untuk memberi penjelasan serta mengambil tindakan sewajarnya.
Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.
Orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

LOCAL GOVERNMENT
DEPARTMENT

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Visitors Today
0
Accesses Today
0
Total Overall Visitors
7491
Latest Updated On: 

15 Jan 2025 - 00:43:28

© Copyright reserved 2024, Department of Local Government (LGD KPKT)
DISCLAIMER: LGD will not be responsible for any loss or damage incurred as a result of using the information on this website.
This website is best viewed using the latest versions of Microsoft Edge & Google Chrome with a minimum resolution of 1366×768.

magnifierchevron-down
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content